27 December 2012

RAPUH BY OPICK



ASSALAMUALAIKUM


semenjak dua menjak ni amoy berperasaan sangat sensitif . kena tegur sikit nangis . kena marah sikit nangis . dengar lagu sedih nangis . tenguk ceta korea nangis . mata pun macam dah terjojol bak flowerhorn . sekian .


BILA terdengar lagu Rapuh oleh Opick rasa tersentuh giler tak layans -..-'

terus tangan laju - laju letak widget lagu opick - rapuh jadi background muzik belog .

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



 best lirik dia #aboutlove #islamic #heart . thanks opick .



sedih gilaaaaaaaa bila tengok gambar ni . rindu sangat dekat tayyib ='( (kanan)


24 December 2012

PUDING ROTI MARBLE



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ^_^


seminggu yang lepas amoy telah terbermimpi tentang membuat puding . uhuk uhuk ... sebenarnya amoy confuse sama ada ianya adakah mimpi atau dejavu atau realiti -..- sebab - sebab amoy ni hantu godek resepi - resepi kat internet . serta . hantu kuat tidur . juga . hantu kuat berangan . tapi wa yakin semua itu adalah mimpi . pasti !


so oleh yang demikian ... mimpi harusssssssssssslah dikecapi ! berbekalkan susu dutchlady yang tinggal 500 ml baki amoy buat PUDING CARAMEL hari itew ... maka dengan itew amoy telah sebulat hati untuk membuat puding roti marble . maka dengan itu terbentuklah puding roti berkenaan . maka oleh itu amoy nak kasi up resepi puding roti yang telah amoy ejasss ejasss sikit daripada resepi asal . makanya lagi ... berikut adalah resepi =')


eh gambar didahulukan , resepi dikemudiankan =D


masih lagi kecairan . belum membeku =D




RESEPI PUDING ROTI MARBLE

BAHAN - BAHANNYA :
1 packet agar-agar
200ml susu dutchlady *masih lagi berperasaan susu segar lebih SIHAT daripada susu sejat 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula
2 sudu besar butter (sila cairkan di atas api)
2 biji telor 
5 keping roti paun cap Mukah Bakery *almaklumlah sarawak takda roti gardenia =D
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu perisa oren


CARA MEMBUATNYA :

Didihkan agar-agar u'olls dengan 1000ml air bersama gula di dalam periuk kecintaan u'olls .

Blend kan roti paun , susu segar , susu cair dan telor sehebak mungkin . masukkan bahan - bahan yang sudah diblend ke dalam periuk . kuar rata . 

masukkan butter yang sudah dicairkan tadi . sekiranya sudah mendidih . tunggu apa lagi ? sila tutup api !

siap ! eh blom !

bahagikan adunan kepada TIGA bahagiaan . 

BAHAGIAN A : letak serbuk koko
BAHAGIAN B : letak perasa oren
BAHAGIAN C : warna asal jepp

masukkan sesenduk demi sesenduk , berselang-seli , diatas satu sama lain sehingga habis . sejukkan !

*dah kalau malas sangat letak ja trus dalam loyang pun takpa . lalu jadilah puding marble-less . hahah .



sesi pemotongan puding secara official ^_^



masuk bekas untuk bekal mama pergi kerja =)



penemuan tergempar ; LOVE !




AMOYELLA : LAGI TINGGAL BAKI SEMINGGU JAAA LAGI >..<





23 December 2012

PUDING CARAMEL



ASSALAMUALAIKUM PEEPS !


puding caramel puding caramel puding caramel ... lupa amoy nak update tentang PUDING CARAMEL amoy yang taksuperohsem itu . sebab TAK JADI pon sebenarnya . sedih wa derrr ="(


NAPA TAK JADI ?


sebab dalam dia banyak lobang - lobang . terlebih pukul telor . aiguuu ... amoy ni memang failed kalau bab - bab yang memerlukan kelembutan nih -..-'

tengoooooooooooooooooooook ! berlobang - lobang bak bulan . sob sobbb

punbagaimanawalau ... rasa dia tetap rasa puding caramel . tak juga jadi rasa puding roti atau puding kastad =]


so bahan - bahan untuk membuatnya :

3 sudu besar gula
2 sudu besar air
2 sudu besar gula halus
400 ml susu segar (amoy guna susu dutchlady sebab berperasaan susu segar lebih sihat dari susu sejat)
4 biji telor
esen vanilla

cara membuatnya :

masakkan 3 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air atas api yang sederhana . setelah gula bertukar warna keperangan masukkan 1 sudu besar air lagi . hati - hati sebab panas hokei ! caramel siap ! then , masukkan caramel ke dalam loyang yang mau digunakan untuk mengukus puding .

dalam bekas lain , pukul telor dengan gula halus dengan selemah gemalai belalai mungkin . jangan sampai berbuih cam yang telah amoy lakukan ! ohtidak ! jika berbuih , puding anda akan turut menyimpan buih dengan lobang - lobang =(  ketepikan .


dalam periuk lain , sila panaskan susu segar anda bersama esen vanila . bagi suam - suam gitu . then , masukkan ke dalam adunan telor dan gula tadi . siap !


eh blom siap ! 


tuangkan adunan perlahan - lahan ke dalam loyang caramel . tutup loyang menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan titisan air dari penutup pegukus . kukuslah selama 25 minit . sejukkan ! dan terbalikkan . dan siap akhirnya =D





puding caramelku =)


tak cantek tak pa . asal sedap =D kasi kipas hati sendiri =D




20 December 2012

BIG APPLE Le ME



assalamualaikum dan selamat petang !


tujuan amoy hanyalah untuk kasi upload gambar kueh gelang a.k.a big apple a.k.a dunkin donut homemade punya version =D





kuih gelang perisa chocolate =D

yang ni white chocolate punya perisa

chocolate ! 




sumpah ohsem syurgaaaaaa gilaaaaaaaaaaaaaaaaa makanan bila berada di rumah . huhuukkk tinggal 10 hari ja lagi sebelum pulang ke pangkuan IPG >.<






13 December 2012

REST IN PEACE DEAR , TAYYIB



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE


kelmarin 12.12.2012 merupakan tarikh yang penuh dengan kesedihan :"( sangat super sedih sebab my little tayyib telah pergi untuk selamanya . mungkin bagi sesetengah orang anggap KUCING MATI hanyalah sebagai perkara remeh yang tak perlulah nak dikongsi , tak perlu nak nangis , tak perlu nak sedih , tak perlulah nak tacing tacing sebab HAIWAN jaaa tu yang mati . masuk syurga . jangan nak emo tak tentu hala sangat . huhuu . 


tayyib terlalu manja . suka tidor ma amoy . bergesel gesel tak tentu pasal tanpa mengira waktu . bila online dia lah yang sibuk sama nak duduk depan skrin laptop . apatah lagi time tengok muvie / tv . time makan dialah jugak yang sibok nak minta ikan . paling kuat makan vitamin . temankan amoy buat kek . huhuuu semua tempat , semua perkara yang amoy buat , semuanya ada tentang tayyib . 


kelmarin ...


sejak dari lepas Isyak ... tayyib tak balek rumah . amoy ingatkan dia cari bini ='( so ignore jak . 


dan esokknya (semalam) awal - awal pagi berkenaan mama menjerit 


" tayibb ! tayyibbb ! "


takda dah word lain yang keluar dari bibir mama . mungkin mama pun sedang kehilangan kata - kata . "tayyibb illaaa ... tayyib " (illa-panggilan di rumah)


time tu amoy sedang berada di hadapan rumah (mencari tayyib) : serius amoy terkejut . badan tayyib kaku di tangan mama . wuuuuuuwhuuuuuhuhuu ... tayyib sudah kembali kepada-Nya ='(  terasa lemah semua sendi yang ada . ntah siapa yang tidak bertanggungjawab , pandu laju - laju sampai langgar tayyib =(


dalam keadaan yang lemah longlai , amoy sendiri yang gali kubur untuk tayyib . huhuuu . amoy sendiri yang mengkebumikan tayyib . mama pla terpaksa turun kerja . jadi amoy kena uruskan semuanya sendirian . sedih gilaaaaaaaa amoy semalam sampai hilang terbang semua semangat . 


terasa hati semakin sayu bila mummut (abang kepada tayyib) mengiau - ngiau mencari adiknya time makan . sekarang pun mummut still mencari adiknya . sedih gilaa hati waa derr ="(


I will always love you and I know you'll always be watching over me up there, rest in peace Tayyib ='(



amoyella : mummut , adikmu tiada sudaa ... please jangan cari lagi . huhuuu






05 December 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE ^_^



Assalamualaikum >.<


alhamdulillah setelah menunggu hampir satu jam setengah akhirnya kek cekelat yang guwa kukus akhirnya masak ! yeppy ! suka suka suka . pessttt ... siapa tak suka kek yang made by diri sendiri . tak kiralah menjadi tao tak . khen ? khen ? heeekk~


so so soooo ... sebagai sambungan kepada entry yang LEPAS , alaaa entry yang wa cakap wa sedang tunggu kek sedang mengukuskan diri berserta resepinya sekali iteww ... kek berkenaan sudahpun dihadam dengan jayanya oleh sedari usus kecil wa =D


almaklumlah terlampau mengidam nak makan kek cekelat moist berkenaan . nak beli kat secret recipe tak de lah pulop mende alah tu kat mukah -.-' nasib baik kek yang wa masak tadi bolehlah celen rasa secret recipe berkenaan . hehh . tapi kek wa bukan secret resepi but (ohmyenglish!) sekerat resepi laahh sangat .


meh wa kasik show off siket gambar yang wa sempat snap . hukhukhuk ... memandangkan terlampau berkobar-kobar jiwa harimau malaya dan bersemangat mo buat kek ... gua terskip pla mo bergambar menggambar part mengadun semua dan segala bagai bahan - bahan . hehh ... so imagine jeeerrr lah wa dah siap bertungkus lumus dengan tepung dan lain - lain bahan ala - ala korea gitu . dannn tada !


adunan dah siap ! sebelum mengukus , jangan lupa tutup loyang guna aluminium foil . supaya air yang menguap tidak jatuh atas kek dan menyebabkan permukaan kek berlobang - lobang =D


yezzaa kek suda masak . now is toping time ! bahagianya menyalut kek dengan coklat ganache banyak , banyak dan banyakkkk ^_^

tak sabar nak menyalut coklat ganache sampai wa lupa nak tangkap gambar kek yang baru masak / belum ada cekelat ganache


akibat ketidaksabaran mahu makannn . neeh ... mula - mula mo potong kecik sikit jak ... last - last hamekk kauuu

oh inilah kebahagiaan bila berada di rumah ♥


ohyaa ... untuk coklat ganache ... bahan - bahan yang amoy gunakan :


3 sudu makan butter
3 sudu makan coklat masakan
sedikit susu cair

#masakkan semua bahan atas api yang sederhana


amoy nak tidur daahhhh zzzzzzzzzzzzzzzzzzz . gudnite !












KEK COKLAT MOIST



ASSALAMUALAIKUM


hai hai hai~


bertemu kembali dalam ruangan belog AMOYELLA . hehh . babun lama sudah i'olls tak hapdet blog . nampak berbusut dah sawang bergompal - gompal -..- sila abaikan kemalasan a.k.a tiada bahan sebenarnya nak updet . huk huk huk . so hari ini wa ada bahan mau kasi bagitau sama u'olls =D


sebenarnya khenn ... wa dah lama mengidam nak makan mencuba buat kek layer-less . sepanjang hidup wa 22 tahun gajah gedabak ini ... wa tak pernah buat kek layer-less . harap sangat first time buat kek ni tak mengeciwakan dahku -..- sebab kalau tak jadi kek ni ... konfirm mama wa tak kasi wa ccccaaan untuk buat kek layer-less lagi . sebab mama wa yang jadi sponser hehh .  mama wa percaya : bahawasanya kek layer-less yang wa buat akan kembang dan terus kempis di tengah . wwuwuuuwuwuu . please dong kek jangan siii begitu sama wa .


eh ... kek layer-less yang wa maksudkan ialah kek yang tak perlu berlapis - lapis di dalamnya . pukul adunan trusss zappppppp masuk loyang dan kukus tau bakar . faham ?


so tadi wa buat kek coklat moist ~..~


bahan - bahannya :

3 biji telur

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking power

1 1/2 pack butter
150gm coklat masakan 
1 cawan gula
1 sudu vanilla
1 sudu chocolate paste

Pukul telur santai santai gitu dan asingkan . ayak semua bahan warna purple dan asingkan . bagi bahan kaler biru pula sila panaskan semua di dalam kuali dan semestinya di atas api ^_^ . Tutup api dan masukkan telur yang telah dipukul tadi . lastly baru masukkan bahan yang telah di ayak (kaler biru) ke dalam adunan . so siap adunan anda . masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai . ikut suka suki masing - masing .

sediakan pengukus . dan sila tunggu kek anda siap di kukus seperti yang sedang saya lakukan sekarang =D







 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com