27 November 2012

HOLIDAYS WITH THEM



assalamualaikum people♥


wah wah wah . . . tiada tempat yang lebih indah daripada rumah . bilik sendiri . katel . dapur rumah dan peti esbok . rumah manis rumah yeay ♥  terima kasih cuti hujung semester + cuti hujung tahun ♥ cuti kali ni memang amoy takda g mana - mana kecuali di dalam bilik kampung sahaja . sambil - sambil menghirup udara yang nyaman menusuk sehingga tulang sum sum ^..^


almaklumlah guwa takda transport untuk ke mana - mana >..< ada orang mau offer bawa amoy jalan - jalan tak ?


lagipun . . . hidup sebagai seorang sahaja anak di rumah ini . membuatkan amoy tiada gengsian mahu bercuci mata ke pusat shopping bandar atau pusat riadah . huk huk huk . paling paling ponn gengsian yang guwa hadoo adalah . . .


tadaa !!

minatang berbulu - bulu(s) ini : encik Elmo yang mahamalas sebab terlampau muncit dan moroi sudeeeehh . foinee umur dia tahun ni dah TIGABELAS tahun   >.<



tua - tua pon tatap mentain awet muda . sangat super jual mahal kalau jumpa kucing gegirl . not my taste elmo bilang -..-'



dua ekor kontot kacukan albino . kadang - kadang guwa rasa diorang ni ada kecelaruan identiti . macam gay-cat . omooo omooo -..-' tidor sekatel , makan sepinggan , mandi setuala , jalan selapan kaki . eh?



tidor tak kira siang tao malam . sudaaa la tidor sampai terkangkang- kangkang . kurengg ohsem lah -..-


ops.... ! aurat eden =D
tengok doseeeeeeee =D



takkan nak bershopping ngan diurang ? aigoooo . . . >..<


ouh alangkah bagusnya ada boipren orang sekampung . auwww . lalalalaaaaa



amoyella : eh eh eh! tak lama g amoy ada jiran baruuu lerr .








15 November 2012

CUTI AMOYELLA



ASSALAMUALAIKUM


CUTI SEMESTER + CUTI HUJUNG TAHUN DAH BERMULA DUA MINGGU YANG LEPAS . . . Amoy pula baru mula cuti seminggu yang lepas >.< gara-gara flite amoy yang lewat . huk huk huk . tapi apakan daya . . . redhakan sahajalah semua yang telah berlalu . sekarang amoy dah sedap - sedap duduk di rumah . hoyeah ! 


yezza . cuti kali ini seperti juga cuti kali - kali yang lepas . dipenuhi oleh makan free kenduri kawen ^_^ . ahad lepas seriusssssssss EMPAT buah rumah amoy datang bertandang ! dari oya (2) , bakong (2) , dalat (1) : sehinggakan amoy rasa tak larat dah nak berjalan bila kehempat - hempat rumah berkenaan settle . so terpaksa guwa mengensot gara - gara telampau kenyang . k foine tipu -.-'


aktiviti sampingan semasa di rumah pla . . . amoy jadi babysitter . taktau la samada amoy yang jadi baby sitter . atau baby tu yang jadi sistersitter >.< sabo jew la ko ye baby . memang ginilah hidup dengan gadis bawah umur lah sangat khenn =P 


haaa . . . ! satu lagi . . . cuti ni guwa rajin memasak . ehem ehem ehem . . .  dengan alasan : gua mo kawen suda ! ~.~ weinaaa baru tiga hari mamasak dah nak heboh . haha ! 



ehem ehem ... gua tak tau  pa kaitan gambar ini dan cuti . tapi nampak comel . jadi gua letak jak laa . hehe ^_^
hehe make me remind of someone =D




amoyella : nampaknya jiran depan rumah dah pasang khemah =D sabtu , ahad ni ada majlis makan - makan lagi yeahh ! 



08 November 2012

2 DAYS BEFORE THE JET LAG♥



ahaks jet lag lah sangat >.< walhal satu borneo seja ponn -.-' 



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE 



so so so ... hari ini merupakan hari kedua terakhir amoy berada di Keningau Sabah untuk tahun ini . Happy sangat bukan kepalang sebab penderitaan kebuhsanan forever alone di dalam bilik D305 tidak lama lagi akan berakhir . yeppy ! hanya tinggal esok sahaja lagi ! satu hari lagi yer tuan - tuan dan puan - puan sekelian >.< 


oh yaa , hampir terlupa untuk menguar - uarkan bahawasanya , amoy ada dapat kad diskaun siswa ! ceh ... guwa SISWA ? sepanjang hayat dikandung badan amoy di IPG KAMPUS KENINGAU ini jarang tak pernah lagi ada orang panggil amoy ni SISWA . selalunya guru pelatih -.-' klu tak pun pelajar maktab . how sweet we olls -.-'


syukur ... at least , sedar diri bahawasanya , amoy ni nanti akan jadi guru . bukan doktor . bukan engineer . atau pramugari (heehhh ni cita - cita guwa time sekolah rendah) !

jangan percaya . kulit muka amoy tak la sehebak dalam ambar di atas . hakhakhak ^_^ kalau nak percaya jugak teda masalah baitu =D
so mempersmbahkan keadaan IPG Kampus Keningau yang telah kosong~ kosong~ kosong~



sebenarnya sampai habis kodak guwa posing depan pintu gerbang nih . memandangkan abang guard tak menghalau >.< namun akhirnya terhenti sebab abang bas suda mariiiii -..- jelly betol lah



tipikal malay -.-' harus digambar dahulu makanan berat terakhir di Keningau yang perut amoy hadam . Nasi n Ayam Thai =D


apa ini ?

seperti yang guwa telah JANJI kepada diri guwa . sekiranya guwa dapat lesen P without mengulang . . . nescaya akan guwa hadiahkan sebiji seketul sehelai seutas se se sebuah handbag kepada diri guwa  ^_______________^ akhirnya amoy terjumpa bag ini ! dan dan dan memandangkan harganya yang mampu milik dan berpatutan berbanding beli di kedai - kedai lain so amoy rembat sahajalah . nanti cik body guwa merajuk pla . hehhhh . kau hado ?

PRICE : RM29.90 @ Sale Servay Keningau 



-.-'' ya ampun . . . perempuan kalau dah jumpa SALE memang tak boleh nak dikawal nafesunya 



amoyella : sedang berfikir . . . apa guwa mau buat esok ? cadangan pelisss . . .





07 November 2012

REFLEKSI TAK JADI





ASSALAMUALAIKUM 


ini merupakan entry pertama yang amoy tulis semenjak amoy DITINGGALKAN oleh hadirat sahabat - sahabat amoy . hati amoy manyak luka oohoo sobs sobs . tapi apakan daya dahku untuk menghalang pemergian diorang untuk pulang ke pangkuan keluarga masing - masing . cuma amoy sahaja yang masih terkapai - kapai menunggu tarikh penerbangan belon . oh permudahanlah perjalanan dahku yang Allah >.<


ohya terasa ingin pla membuat refleksi untuk semester ini . hehh . semester terakhir bergelar junior -.-' ahaks tahun hadapan amoy suda jadi great super senior . kau hado =P


semester ini tidak banyak benda superohsem yang berlaku . memandangkan budget amoy dalam 1,400 telah di CUT untuk lesen memandu ... so amoy tak banyak meronggeng ke sana ke mari . kalau nak di bandingkan dengan semester lepas ... amoy siap pergi merantau ke Perak , Cameroon Highlands, KL lagi time cuti sekolah : dengan daebaknya ! tanpa risau akan status kewangan ... namun pada kali ini ... huhuuu amoy rasa amoy sangat supersederhana -.-'  kurang membeli belah online (yekeww?) kurang berjalan - jalan , kurang ke KK , semualah kurang termasuklah baju raya (T.T) juga kurang membeli high heels , dress comels . arghh !


tapi amoy riak takbur bangga sebab amoy tak pernah minta mama bank in duit dari kampung . errr kecuali kalau time balik kampung then mama bagi wang saku♥ mmg confemlah wa tak tolak khennn youolls . haha!


maigeddd oleh kerana prinsip amoy tamo minta mama kirim duit dari kampung ... makanya amoy cuma spend duit amoy supaya tak overBudget >.< memang amets memenatkan . tapi khen control makan kira boleh lagi nak kawal . control nafsu shopping tu yang paling menstresskan jiwa dah raga >.< tapi sebagai anak yang baik take note yer para jejaka di luar sana  amoy persyoitankan jua segala nafsu yang menerobos . ahaks . akhirnya amoy berjaya mengharungi sem ini dengan cukup sederhana . wah !


dari segi akademiknya pula . rasanya amoy dah cerita pon tentang praktikum dan exam yang telah lalu♥ syukur sebab semuanya berzalan lancar ^_^


ehem ehem ehem ... pa lagi korang nak tau ? 


haa ?


amoy dah makan ka belum ? =P 


alhamdulillah sudaaaa ^_______^ gembira btul dah ferut dahku kini . dapat makanan ! mekasi kepada my sistah yang pergi outing sebentar tadi . hakhakhak . bestnya ada kakak blajar di tempat yang sama . again , kau hado ?


yang paling diperlukan oleh body ! AIR ! hahaa . semestinya jus mangga . fresh dari  Pasar Malam Keningau
Kesejukannya mendinginkan rongga kerongkong amoy dengan hebatnya . nyaman aeee! hehehe .


Keduanya ialah KUIH APAM CENYUM kecintaan dahku !
kalau bab kuih muih ni amoy suka dekat satu kedai sahaja . ya cuma satu kedai sahaja yang jual kuih ini sedap . yang lain serius kurang sedap . errkk >.<


dan dan dan tidak lain dan tidak bukan . KUE TIOW AYAM dan KERANG surat khabar (lapis plastik hokei!)  . juga daripada Pasar Malam . amoy tak pernah lagi jumpa mana - mana kedai tau restoran yang jual kue tiow ada kerang . kecuali untuk ini ^_^


total semuanya RM3.50 


amoyella : hoyeah ! hari ini untuk kali keduanya amoy p driving ke pekan Keningau . pekan yang jammed >.< Keningau : jammed ? 










05 November 2012

OFFICIALLY LAST PAYPERRR



makan tak gemuk . tidur tak basah . eh ? mandi tak puas . mengorat tak laku . outing hilang arah tuju . . . .begitulah simptom simptom yang ada pada diri amoy sejak seminggu yang lepas . semua perlakuan yang melibatkan kata kerja menjadi tak jadi . stress tak tentu pasal melebihi orang yang nak exam memandu . heh ! segala perlakuan tanpa semena - mena menjadi buntu 


sekarang tidak lagi  =D


sekarang amoy sudah mampu menarik nafas lega bau durian . kui kui kui . ohyaa . hari tu amoy sempat bersantap durian , hasil pemberian awang kepada dayang >.< untung guwaaa ! eh . amoy nak announce dekat sini bahawasanya 


EXAM FINALLY ENDS !


ko tau tak betapa amoy gembira ?


sebab sebab sebab . . . amoy ni jenis yang cepat stress kalau study . ehem ehem . cepat melenting kalo kena kacau time study >..< aiyaa buruk gila perangai guwa . tapi tapi tapi kalau subjek amoy tu senang mo di conquer , serius guwa heppy n takkan cepat marah . memandangkan subjek kali nih gilaaaa banyak subtopik so amoy telah berubah 1000% menjadi NAGAdis .


PAPER RBT3120 : merangkumi TIGA topik utama yakni jahitan , pertanian dan perikanan . serius paper ni membunuh sebab amoy bukan budak teknik >.< amoy ni budak sains tulen . mana amoy tahu teknik menekan yang betol , cara sukat nisbah baja , cara detect keselesaan ikan , jenis - jenis jahitan yang ntah apa - apa atau jenis penyudah tepi  atau bla bla blaa o..O hurm ... sudahlaaa banyak gila mahu dibaca dan diingat! walhal soalan exam 20 objektif , 4 struktur dan 2 esei sahaja . erkkk . . . ohya esei untuk RBT kali ni TIADA pilihan . amoy aim tuk jawab ikan hiasan dan pertanian . akantetapipunbagaimana walau! esei yang berjaya keluar time exam adalah JAHITAN dan pertanian . maigeddddddddddddd !!!!!!!! guwa mana fokus sangat JAHITAN ! dan sebenarnya amoy study semua benda hanya TIGA hari sebelum paper . gila malas haku !


PAPER BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN MELAYU : tentang pengkajian makna . adoiyaiiii ... paper ni memang buat fening - fening ali baba . apa yang amoy tahu . time exam hari tu ... amoy merupakan orang yang paling last hantar paper . . . serius amoy lambat jawab >.< dan blur dengan soalan yang maha mengelirukan . sobbss sobbss . terima kasih pengawas peperiksaan yang sanggup menunggu kelewatan dahku mengikat dan menyerahkan kertas jawapan .


PAPER BMM3112 SEJARAH BAHASA MELAYU , PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN : paper paling last dan paling kick . berita gembira : AMOY KELUAR 40 MINIT LEBIH AWAL . walhal sebenarnya soalan dia amets menyebelkan ! so kenapa keluar awal ? sebab amoy rasa , takda fungsi pun amoy nak duduk lama - lama dalam dewan exam tuh sambil menatap soalan yang bikin panas . bagus wa keluar awal . tahniah atas keputusan itu kerana ternyata guwa tidak menyesalinya . hehh -.-'


sekarang tibalah masanya untuk guwa menunggu keberangkatan pergi ke OYA, MUKAH, SARAWAK =D


AMOYELLA : Wei .. guwa rindu gila sama tayib dan mumut yang sudah bujang trang tang tang itu !




04 November 2012

"My heart and my mind are fighting and I fear no one is winning."

02 November 2012

FINALLY HERE ♥



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE (^__________________^)


dan selamat bangun tidur semuanya . hoi hoi hoi . bangun - bangun je daripada tidur hari ini , amoy merasakan sedikit iritasi pada kerongkong . uhuk uhuk huk huk >.< amoy sakit tekak ! maigedd . tak dapatlah nak mamam dengan penuh nikmat selepas ini (T.T) terpaksa membuat benteng pertahanan serakah makan dengan jitu agar tekak merdeka daripada membuat kerja berat pada hari ini , hari esok , dan hari lusa . eh berapa banyak hari kena kawal serakah makan ni ? wwuwuuuuu >.<


sudah lerrrr di Keningau yang semakin metropolitan dengan makanan ini kini bukan setakat menyediakan PASAR MALAM HARI- HARI ahkak santek (~.~) malahan turut dilimpahi dengan Pijja Huts yang tidak begitu mengenyangkan , Uncle Bob yang botak tapi comels dan dan dan dan yang terbaru !


TOKOYAKI ITS MY FAVOURITE ! (T.T) 
dear u , please take note ! =D




alahaizzzzzzzzzzzzzzzzz ... berbanding time guwa baru menapak di Keningau ... hanya ada KFC . itu pun kecik cinonet jak saiznya . sekarang sudah woooww gedabak besarnya (@.@)  wohooo ... kini ALL MEAT ALL MEN di hujung jari anda =D


ahhh ... guwa tak berapa berhormon untuk bercerita tentang KEPSI . guwa mau bercerita tentang TOKOYAKI yang comels - comels bulat dan sedap serta enak lagi gebu lantas berprotein dimakan itu 







teka teki teka tekuk , ular mati dalam mangkuk : whats hiding inside tokoyaki ? 


hehee ... terasa agak sadis ... sebab guwa lambat tahu tentang kehadiran tokoyaki @ Keningau . ohhh! terima kasih majlis pembandaran keningau kerana bagi can kedai tokoyaki menapak di Keningau Mall . >.< 



amoyella : paling - paling pun kalau mengidam sangat nak makan tokoyaki terpaksa bermusafir ke Kota Kinabalu . dulu - dulu lah (T.T)



 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com