23 September 2012

SK MINAWO KENINGAU : I LOVE U



ASSLAMUALAIKUM PEOPLE ♥ ♥ ♥


ALHAMDULILLAH pada tanggal 22 September 2012 berakhirlaaaa sudaaaa praktikum fasa II amoy di SK Minawo Keningau . sedih itu pasti . gembira itu memang . hiba itu ya .


SEDIH untuk meninggalkan sebuah sekolah yang sangat superbest . sedih untuk meninggalkan guru-guru yang baik hati , peramah , banyak pengalaman , banyak nasihat , tunjuk ajar , kuat bergurau , pemberi sokongan dan dorongan . sedih untuk meninggalkan murid - murid yang langsung amoy tak kenal pada mulanya sehingga amoy tahu latar belakang semua . aiyaaa -.- napa guwa emo tiba - tiba nih ?


GEMBIRA sebab  amoy dah lepas daripada dugaan PRAKTIKUM FASA II . gembira sebab sem ni dah takdeee daah nak buat Rancangan Pengajaran Harian (4 Pages Pernight) . gembira sebab tak perlu dah nak bina Bahan Bantu Mengajar setiap malam . gembira sebab berehat sekejap daripada tekanan penyeliaan dan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing . gembira sebab tiada dah nak stress - stress gara - gara ada 'sepasang mata' sedang observed cara amoy mengajar . gembira sebab ... macam dah habis pla semester 6 ni bagi haku -.-' walhal exam belom lagi cik adik oi !


HIBA sebab menerima berkuntum - kuntum bunga dari student . habislaahhh bunga emak di ruang tamu korang p ambik yerr   >.<   Hiba sebab menerima hadiah tudung(s) . untuk raya aidiladha ni tak payah laa cikgu beli tudung lagi . ngeh ngeh . Hiba sebab murid-murid tak dapat nak stop menangis dan peluk pada hari last amoy mengajar  -.- korang ni kann ... tersentuh naluri kewanitaan dan keibuan amoy . huk huk huk (T.T) sedih waa derr . Hiba sebab ada student mo jadi pilot dan bawa amoy p berjalan - jalan mengelilingi dunia suatu hari nanti . hiba sebab ada seorang student mo jadi doktor dan mo jadi doktor peribadi amoy . aiyaaa ... nanti jangan lupa cikgu sudaaa ... =)


banyak pla bercerita . 


biar gambar pla berbicara .


cikgu tinggi khennn ... ^_^



the girls yang comel  dan izaz yang banyak mulut . izaz sentiasa banyak cakap dan banyak soalan ketika amoy mengajar walaupun time tu tgh kena observe -.-'



persembahan koir daripada tahun 4 Intelek . lagu najwa latif ooh ! Terima Kasih Cikgu



murid yang balik - balik tanya "CIKGU, HARI INI ADA PERMAINAN KAH?"



caine ; murid tahun satu yang feymes emes dalam kalangan 3 guru pelatih di atas sahaja , kerana kekiutan dan kecilikkannya . 


Brenda dan Nadia : thanks for the gifts



Majlis Perpisahan . Paling amoy suka sekolah ni sebab diorang selalu buat rancangan makan - makan . ahahaa . piranha giler guwa -.-'



Latihan Intensif Rumah Sukan Kuning . Warming Up dalam kabus tebal . serius ... tak terwarming up pun . tercoolingdown balik oleh cuaca sejuk . hmmm . go go rumah kuning !


Jam menunjukkan angka 07:30 pagi . semua dah berkumpul di padang . semangat untuk bersukan . 



Ivy Melitus : Atlet rumah biru . tolonglah jangan lari laju ! hmm ... nanti rumah kuning kalah  plaa .


Rachaelee : atlet harapan rumah kuning ^_^ ko kena lari paling lajuu aa



amoyella : lapar -.-'


3 MURID MINTAK CUBIT:

Anonymous said...

uiiii mntap cikgu nie...
sya pun skolah sini jga dulu..
sya tak sangka ada orng buat blog sk minawo mantap..
sya cari pengangkutan bas awam di kg sya tpi nmpk blog cikgu pula..

photo booth perpisahan sekolah said...

menarik sekali... masa2 sekolah selalu memberikan kenangan yang tak akan terlupakan....
meramaikan perpisahan sekolah dengan mengandakan photobooth untuk berfoto ria di acara perpisahan kelas...

Yna said...

Cgu,, miss you.. sya student dri ne skolah..

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com