24 July 2012

TIPS KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN




ASSALAMUALAIKUM . SALAM RAMADHAN . SALAM PRAKTIKUM


Minggu Pertama praktikum adalah minggu yang amat memboringkan jiwa dan kalbu dahku . Tiada apa – apa yang dapat di lakukan selain  daripada melonggo muka bajet cute di bilik gerakan SK Menawo Keningau . Menunggu dan terus menunggu PKI menyerahkan jadual waktu mengajar yang rasmi . Harap – harap Isnin depan baru kena beri . dan terus kena observed pada minggu yang sama . matai . simpang melaikat 44 . Keadaan disekolah ni cukup menenangkan dengan udara perbukitan yang syahdu . burung – burung berkicauan riang . angin menderu menghempas pantai . okey ayat last adalah pentipu ! kesimpulannya jiwa guwa kosong sekarang nih . mau makan erkk … bulan ramadhan lah pla (--“) amoy amoy … astaghfirullahal-azim


Di kesempatan ini ; guwa selaku typewriter , editor , designer , publisher dan typo-er @ amoyella.blogspot.com yang sedang menjalani praktikum dengan bahagia ini ingin mengucapkan SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK bagi semua pembaca yang beragama islam (^_^) rebutlah peluang yang ada ini untuk repair diri masing – masing . amoy harap ramadhan kali ini akan membawa perubahan ke arah muslimah yang shomel dalam diri amoy sendiri . aminnn .

Wah ! sempena bulan ramadhan ni juga … jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri memasing . kena minum air banyak – banyak agar badan tidak terhidrasi (-_^) dan supaya kulit tidak kering . korang tau tak … kalau badan kurang air . jerawat ponnn cepat naik .  urghh pengalaman sendiri =P mybe sebab toksin menjadi semakin tepu under skin layers dan breakout menjadi jerawat . foinee teori sendiri (--") Keadaan cuaca di bulan suci Ramadhan sangat berpengaruh terhadap kecantikan diri anda. Ditambah pula dengan mengerjakan ibadah puasa, sudah tentunya badan anda akan mengalami kekurangan air yang amat penting untuk tubuh. Kekurangan air memberi kesan tersendiri pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka akan menjadi kusam, kasar dan kering. Untuk mengatasi keadaan ini, ikutilah beberapa panduan ini. guwa cedok dari SINI haaa =')


Keperluan Air untuk Kulit Muka
Anda perlu minum air putih sebanyak yang mungkin ketika bersahur dan berbuka puasa kerana kesegaran kulit diperoleh dari jumlah cecair yang masuk dalam tubuh. Secara purata tubuh memerlukan 8 gelas air sehari. jangan bilang ngaaa tahu ! Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretic atau mendorong pengeluaran air kencing walaupun anda adalah penggemar tegar teh orang kampung >.< And anda juga boleh memakan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk membantu kemasukan air dalam tubuh . maka tidak hairanlah kalau amoy bleh beli 8 jenis air sekaligus di bazaar ramadhan . nafsu nafsu nafsu ...


Penjagaan Kulit Muka di Pejabat
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh kekalkan dengan air mineral dalam bentuk spray. Semburkan air mineral ke wajah untuk menggelakkan kekeringan. bawa sebaldi air pun tak pa . asal jgn diminum di siang hari . hehh . batal puasa , amoy takmo tolong bayar ganti .


Gunakan Krim Pelembap
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan skincare yang sangat penting di bulan puasa. bukan setakat bulan ramadhan , syawal rabiulawal rabiulakhir muharram safar jamadilawal jamadilakhir rejab sya'ban semua segala bagai pun korang kena gunaaa pelembap untuk kulit ! nak cantik kah hindak niii ? sudalaa lepas ramadhan ni syawal . jangan lupa yepp sedare sedari cikebum cikebum . Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim yang mengandungi kolagen untuk memaksimumkan fungsinya . hada labo pon bolee seja ^_^


Masalah Nafas Berbau
Salah satu masalah yang sukar dihidari ketika berpuasa adalah masalah nafas berbau. Untuk mengatasinya, banyakkan minum air ketika berbuka dan bersahur. Gunakan juga ubat kumur yang mengandungi antiseptik. ni pun haku perlu hajor ke ? kenalah menjaga sensitiviti hidung orang lain . aiyarkk =..=


Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit muka amat penting terutamanya bagi kaum wanita. Tetapi harus diingat di bulan Ramadhan yang mulia ini kita juga perlu menjaga kecantikan dalaman (rohaniah) dengan menggandakan amal ibadah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dan memohon keampunan daripadaNya. 


amoyella : wallahualam 

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com