13 October 2011

APAKAH SARAPAN PAGI KORUNKKKG?

Assalamualaikum Peepss! =)

Sakit perut comel yang sangat memilukan saat ini. terasa ingin sahaja lapan tangki air mata jatuh berderai semasa menahan kesakitan ini. juga terasa ingin memindahkan perut comel ini ke dalam besen dalam masa kurang 24 jam. biar amoy dapat tidur selesa tanpa diganggu nyamuk sepanjang masa juga tanpa rasa sakit perut comel. ehem! tujuan amoy menulis entry bukanlah untuk mengadu domba rasa sengal di perut comel yang datang tanpa perikemusiaan ini. tapi tangan ini ingin menulis tentang NASI LEMAK! =..=

perut amoy yang cumil ini kebiasaannya diisi dengan NASI LEMAK pada awal-awal pagi. so memang padan sangatlah khennn amoy ni selalu kena serang sakit perott comel! bukan itu yang ingin amoy bebelkan di sini. korunkkkkg taw tak yang NASI LEMAK itu sangat tidak bagus untuk perut yang comel? tambah-tambah lagi bila perut yang comel diisi dengan NASI LEMAK pada awal pagi. alahaaai... kesin perut comel amoy terpaksa meragam gara-gara tuan dia yang selalu menambah berat badan sendiri dengan NASI LEMAK pada waktu awal pagi. NASI LEMAK tu khennn makanan berat. so, usus kita ni terperanjat mak nakss bila kena serbu NASI LEMAK 2.0... sakit perut comel lepas tuh silalah tanggung memasing. kemainnnnn... walhal amoy sendiri tak sedar diri menggebukan lemak-lemak pipi dengan bersarapan nasi lemak hari-hari.

walauapapun, sarapan tetap penting dan menjadi keutamaan... biarpun pada pagi itu anda ada temujanji dengan gf/bf! tetapi bukanlah dengan NASI LEMAK ye tuan-tuan dan puan-puan. menurut sumber yang boleh dipercayai... sarapan itu penting untuk :


  1. Sumber tenaga pertama untuk menjalankan aktiviti seharian.
  2. Memberikan tenaga dan nutrisi pada otak. kanak-kanak yang mengambil  sarapan menunjukkan prestasi lebih baik disekolah berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.
  3. Mengendalikan berat badan.
adalah disyorkan kepada semua untuk mengambil sarapan yang ringan dan mudah untuk dicerna. antaranya makanan yang memiliki kadar serat tinggi dengan protein yang cukup tetapi dengan kadar lemak yang rendah. bukannya NASI LEMAK keh!

selepas ini amoy nak bertukar kepada ini lah pulakss...

waisehhh.... azam baru

amoyella : korang pla macamanaaa....?








2 MURID MINTAK CUBIT:

Unknown said...

mau abis sem suda.. baru ko mau ada azam?? hahha..;p uiiikkk.. mau juga bkfast milo dgn jacobs.. sedapppp.. ^^

♥ AMOYELLA said...

hahahaa...ini azam sebelum exam baahh

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com