21 September 2011

KECIK KECIK EMAK JAGA

Bila teringat waktu kecik-kecik... terasa diri yang maha kerdil ini sangat cemerlang menggunakan peluang 'menjadi budak kecik' dengan gagah. oh hoy! sambil teringat kenangan lalu dahku bersamamu selipar jipun biru RM1.50. selipar itulah untuk bermain. selipar itulah juga ke pasar. selipar itulah juga dihumban ke sana ke mari semasa bermain kaki tiga. pernah juga selipar jipun biru tercampak ke tahi kucing yang menyebabkan semerbak bau menerobos lobang deria hidu, lalu menyuruh ibu gantikan yang baru. =.=

juga teringat apabila tibanya musim persekolahan... wajiblah amoy mendayu-dayu meminta simpati dibelikan sedozen buku latihan dengan objektif 'akulah budak paling pintar dan rajin sebab ada buku banyak' sambil lap-lap hingusan sehingga tiada sebarang kesan. Dan tanpa di suruh, wajiblah semua buku berkenaan ditulis nama amoy dengan tangan sendiri feeling tulisan dialah tercantik pada abad ini. Bukan setakat itu, pensel belang kuning hitam, pengasah pensel bulat bercermin, pemadam hijau putih dengan huruf R, dan pembaris berair bling bling emas juga mesti ada.

bila tiba hari jadi pula wajiblah disambut saban tahun sebelum amoy tarik muncung laju laju lapan kilometer jauh ke depan. ibu selalu buat kek topi ber'ising kegemaran amoy. manis... oh! amoy sangat gila-gilakan benda manis pada waktu itu. gula-gula... lollipop. marshmallow eh? ada marshmallow ka time itu? akhirnya hilanglah dua batang gigi di depan. 5 tahun hokei tanpa gigi depan. kau hado? amoy masih ingat... minggu pertama tumbuh gigi baru, ibu asek asek ketawa tak dapat menahan kegelian hati terlampau terkejut barangkali bunda amoy lihat anaknya bergigi sudaah! haiya... sehinggakan amoy tak mampu berkata apa-apa, untuk tidak menunjuk gigi baru di depan ibu.

saat kecil membuatkan amoy semakin rindu untuk pulang ke Sarawak. namun apakan daya... masa tidak memberikan ruang untuk amoy dapat pulang ke sana. November cepatlah kunjung tiba!



1 MURID MINTAK CUBIT:

Unknown said...

waktu kecik2 dulu, aku suka hilangkan pe,baris, pe,ada,, pensel.. and slalu kna marah pasal nakal..hehheheh.. ;D

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com