11 June 2011

Dunia Blog Yang MENGERUNKAN

Assalamualaikum buat semua yang singgah. dah dua hari amoy tak updet! ada gak draf draf yang baru half-cook amoy dah siapkan... tapi terpaksa pikir lapan puloh lapan kali nak publish atau tak. huhu. belum cukup confident nak publish atas sebab sebab tertentu. amoy rasa macam nak berhenti dah dari dunia blogging nih. sebab... sebabnya blogging ni cukup menggerunkan!

pada dasarnya tujuan amoy berblog hanya sekadar mengisi masa lapang dengan penulisan bebas untuk menyatakan pendapat dan menulis pengalaman untuk di kongsi bersama. selain tu, amoy suka upload gambar gambar bagi memudahkan amoy menyampaikan isi entri kepada pembaca. Pada hari ini. usia blog ni baru sahaja mencecah ENAM BULAN. amoy buat blog ni pada 04 DISEMBER 2010. alhamdulillah, buat setakat ini ada jugak orang yang sudi follow belog ni walaupun http://amoyella.blogspot.com/ BERAT NAK MAMPOS!

OHYA! berbalik kepada KENAPA AMOY CAKAP BLOGGING INI MENGGERUNKAN? sebabnya amoy adalah antara pengguna BLOGSPOT yang suam suam kuku sahaja fanatiknya... turut terjebak dalam KOMUNITI BLOGGER. (_ _!) sooo... apabila ada individu yang telah cuba tunjuk jari hantu kat blogger, i terasa jugak taw! ouh amoy bukanlah cuba mengungkit kembali cerita dah basi. cuma nak bagitau kat semua, bahawasanya si loser tuh bengap! kenapa tak bagitau ja nama orang yang dia mau tunjuk jari tuh?! takdelah sampai berjuta juta lemon pengguna blogspot terasa ye dak? =.=

Antara sebab lain kenapa DUNIA BLOG NI MENGGERUNKAN : agama rasmi negara kita ni ISLAM. alhamdullillah... semua ada kesedaran untuk menegur yang cacat... memperbaiki yang kurang. menambah amal kebaikan... tapi seriously amoy rasa macam RAMAI betul blogger ni terdiri daripada golongan yang 'beriman' . menegur itu dan menegur ini. tulis entri panjang lebar nak menjaga tepi kain orang. komen beratus lemon untuk memuaskan diri masing2. harap-harap teguran itu adalah ikhlas dan diri sendiri juga tidak tempang... sebelum beria ia nak memberi tongkat kepada orang lain.

huhu... bukan nak mengata sapa. i just write my thought. terpulang kepada anda untuk menilai.

Selain tu... dekat belog kita akan jumpa pelbagai jenis manusia. cantik / ensem / comel / kacak / lawa / cool / fashionista / santai / tak cantik / perasan cantik / pondan / tomboy / dan macam macam ada ! amoy kategori perasan cantik kot. muehahaha ! gila kejiii . dalam tak sedar ... mungkinkan ada orang yang tak sepatutnya skodeng belog kita dan mengambil sebarang benda expecially gambar! oh NO! well... semua orang hari ni dapat ONLINE even di CYBER CAFE. budak budak sekolah hari ni semua dah da laptop memasing. even di LUAR BANDAR cam tempat amoy ni... berlambak budak budak online di area area yang ada WIFI FREE. hehe amoy pun sedang menggunakan WIFI free sekarang. B) terima kasih d'conexion! 

rasanya...not just Blogspot. FB lagi ahh... kat kampung amoy rata-rata budaknya dah ada account FB. sampai ke kucing peliharaan pun dah ada FB. kau hado? non hado~

Last but not least... amoy harap semua orang tidak akan pernah putus asa dalam dunia blog. keeps up the good work and effort! jangan hangat hangat taik hayam ja... B)

ya... amoy ada tiga watak . kadang serius. kadang memain. kadang blur
yang pasti dalam ketiga tiga watak tu nama sebenar amoy tetap RAMZIELLA




Sekian Sahaja.

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com