07 June 2011

Da Best Memory Contest

Setelah sekian lama amoy tunggu CONTEST yang amoy boleh join... akhirnya JUMPA! contest ni agak mudah dari TIGA BELOG BERGABUNG! MELETOP! AUW ... contest ni nak para peserta tempekkan sebuah gambar tentang the best memory of our own. ceceh...cakap urang putey laa pla =.= sebenarnya banyak giler best memory yang amoy nak kongsi kat korang sumaa... dari kecik sampai besar panjang gini memang tidak terketentuan banyak kiraannya memori yang telah amoy permanent save dalam otak 8gb amoy nih. cuma kekadang terdefgrag dan terpaksa delete. hehe. sebelum amoy membebel dengan lebih panjang seperti biasa, amoy nak perkenalkan tiga ekor makhluk penganjur contest ni. korang suma yang baca entri ni... mai la meramaikan mejlis contest ni... manela tauu kot kot ketandusan idea nak taip entry malam ni macam amoy .





TAPI...kak zie cakap nak sekeping gambar jer. jadi amoy nak share tentang memori sekeping gambar jalah. nak letak banyak banyak kang tak semena mena amoy kena blacklist dari contest dan terus kalah tanpa bertanding. sobs sobs... diorang tak selera nak tgok gambar lebih lebih kot. haha . eh... kakak sekelian... gurau seja =') MEH SINI AMOY NAK MEMPERSEMBAHKAN SEKEPING GAMBAR =')


PARASAILING! 


FYI, gambar ini adalah gambar semasa amoy berzaalan zalan buang masa serta buang duit di PULAU MANUKAN pada tahun lepas... gambar ni dah berumur setahun jagung. heh! time tuh amoy pergi ramai ramai dengan coursemate. sembilan orang kami telah pergi menempah sebijik boat untuk ke sanaaaa... perjalanan kami bermula seawal jam lapan pagi (bertolak dari jeti Jesselton Point Kota Kinabalu ke Pulau Manukan) . Perjalanan mengambil masa kira kira sejam lebih gak ahh... Kemain memasing dressing ala ala nak bersantai sambil berphotoshoot tepi pantai pada awalnya. dah sampai sana semua bersalin pakaian! pakai tshirt dan tracksuit ja. yelahh... takkan nak pakai dress pergi mandi, naik banana boat, snorkeling dan PARASAILING kot!

Semua benda kat sini TIDAK FREE. sobs sobs... adik adik, kakak kakak dan abang abang sekelian yang memasang impian nak pergi Pulau Manukan atau mana mana pulau area Sabah ni... leh la kodek kodek maklumat tentang harga dan segala pembayaran ape tah semua aktiviti yang korang nak try! Hari tu dekat 200 gak ah amoy habis untuk pakej KEGUMBIRAAN yang tidak terhingga ini. Kalau korang pandai bodek agen agen pelancongan tuh, dapatlaaa pakej lebih murah. hehe =')   seriously... korang takkan menyesal kalau menjoinkan diri dengan pakej aktiviti yang disediakan! keren banget derrr!

iskkkkkkkkkkkkkkkkk.... macam cik promoter plak dahh!

KEMBALI KE SRI PENTAS! antara banyak banyak aktiviti yang amoy buat... amoy palinggg suka PARASAILING. parasailing adalah aktiviti di mana sebuah payung besar yang mengangkut beban (akulah tu..!) yang ditarik oleh bot mengelilingi pulau! homaigaddd! it's really great! walaupun hareganya agak mahal RM80 per person untuk lima belas minit sahaja (yelah...amoy tak kerja.xda pendapatan.harap elaun kerajaan jew) tapi berbaloi baloi guwa kasi tau sama luu!

paling paling terbest da bomb lagi apabila bot yang menarik payung kita tu makin laju! so payung akan naik lebih tinggi! nampak keseluruhan pulau... dan pulau pulau lain. sempat gak lalu sambil bersalaman ngan payung orang lain (payung yang dibawa oleh bot lain). rasa diri sungguh COOL B)) ...yang dahsyatnya pla bila tukang bawa boat tu sengaja bawa boat slow slow. kurrrangg hensem btol! sebab...sebabnya... payung kita makin jatuh! time turn amoy naik hari tu... sampai setengah dah badan amoy dalam LAUT... grrrr... rasa nak lepuk je pemandu boat tu 76543456745 kali!

endingnya : PENGALAMAN MASUK LAUT ITU yang paling BEST =') sebab kau hado? nannn hado kan? tehee. gile puas menjerit bila kena heret dalam laut...heremmmm cam sakai je. LOL

pengalaman tu memang first time in mylife naik benda gitu. cuak gak ah mula mula... tapi perasaan NAK tu lebih dari segalanya. oh yaa...tepi amoy tu rumet amoy. memang lama gilerr kat atas payung tu. *sebab main kenyit kenyit mata ma abang dreber boat seblom naik. haha. keji* amoy rasa 30 minit ohh... memang lama lah. =') tak sia sia lapanpuloh hengget haku. terima kasih abang dreber boat. i lappp yuu...muah! muah! panjang bebenor pla bebelan amoy nih. turn orang lain pla nak kena baca ye dak? hehe... sebelum itu nak tag budak-budak ni. biar diurang join sama =')





nota kicik : errr.... cik cik pengadil sekelian... kalau ada syarat yang amoy belum buat, dropkan comment ah... amoy ni selalu terkhilaff pandang =')





4 MURID MINTAK CUBIT:

Anonymous said...

wahhhh bestnya!!! zie xpernah naik lg. waaaa nak jugakkk!!! nice picture. thanks join ek!

♥ AMOYELLA said...

your pleasure...
memang sangat best. tunggu next year amoy plan nak naik lagi. hehe... mungkin pulau area sandakan plak.

B)

Atia_gadismelayu said...

best.. tringin gak nk mlancong kt Sabah..^_^

jom join
31-7 Birthday Giveaway

Atia_gadismelayu said...

congrate..^_^

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com