17 May 2011

Little GIGOLO

 ouh mata silalah tidur... mesti mata amoy ni merajok minta puji sebab amoy tak bagi tido 4989jam petang tadi . amoy telah berusaha menyuruh mata ini tidur dengan meminum segelas susu lembu cap everyday . tetapi langsung tidak memberi kesan yang diperlukan . nak mesej encik penyedap jiwa ... ahh malaslah nak kacau anak bujang orang tengah - tengah malam . cuba melayari tips tips untuk tidur di internet . perkara yang terbukti telah membuang masa amoy sebanyak 456 juta saat yang lepas . tiba tiba teringat tips daripada nobita bengap dalam siri animasi doreamon . baring --> tutup mata --> dan membayangkan rama- rama beterbangan --> satu ekor.. dua ekor... tiga ekor... empat ekor... ekor... ekor... tiba tiba ekor lain yang muncul . ekor katak . dan seekor katak gergasi melompat-lompat keriangan . uh! bosan. memang nak kena hempuk dengan bantal berbau lapanpuloh kali baru sedar diri . amoy bukan begitu . gejala insomnia ini kian menjadi jadi seperti kucing kucing yang berselerak di asrama ini. ibu kucing, bapak kucing, nenek dan datuk kucing yang telah meninggal, anak kucing serta kucing - kucing. bukan amoy membenci makhluk ini . tetapi amoy risau ... mungkinkah bilangan keluarga kucing ini akan melebihi bilangan guru pelatih yang tinggal di kolej kediaman ini? memandangkan seminggu yang lepas, seorang seekor ibu kucing baru sahaja melahirkan anak yang masih lagi dirahsiakan bilangannya - BERNAMA

lagi ... seekor kucing yang diberi nama CINA kerap kali buat maksiat didepan bilik amoy . sekarang amoy dah tukar nama dia kepada GIGOLO . mak kau pun kau nak santap . dasar kucing . 


gambar ihsan dari google . ada juga tu watermark . silalah ke sana

ok..kalau suka silalah LIKE =)

2 MURID MINTAK CUBIT:

hamzah ian said...

sebelum tido minum susu..

♥ AMOYELLA said...

@ hamzah ian...

ko memang, alert dengan susu

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com