07 May 2011

Entri Takmo KALAH ngan post di FACEBOOK

PENGUMUMAN : INI ADALAH ENTRI ORANG YANG TAK MAHU KALAH NGAN ENTRI ORANG LAIN

titiba amoy rasa jeles pla bila semua orang post kat facebook wish hari ibu tuk mummy diorang. huk3... mama amoy takda facebook. amoy call jalah... huhu. mak dan mama, amoy rindu kedua-duanya. keduanya berbeza tetapi tetap memiliki satu nama yang sama : IBU

kepada mak amoy... amoy tahu mak sayang sangat kat amoy. bagi nasihat dan dorongan tanpa jemu. call saban malam demi amoy yang jauh. huhu... sayu. walaupun dekat kita tidak sebumbung. bukannya mak berniat untuk menyerahkan amoy kepada orang lain sejak dari kecil. amoy tahu mak cuma nak amoy temankan mama. amoy tahu mak nak amoy balik ke pangkuan keluarga. amoy tahu mak nak amoy tinggal ngan adik beradik yang lain. tapi, amoy degil. amoy takmo dengar cakap mak. tetap tinggal ngan mama. maafkanlah amoy. mungkin itu jalan yang terbaik. amoy tetap tak melupakan jasa mak dan ayah. mak... SELAMAT HARI IBU. mak tetap orang yang mengandung dan melahirkan amoy.

mama... walaupun mama hanya ibu angkat amoy. tidak mengandungkan amoy. juga tidak melahirkan... mama tetap orang yang mendidik dan membesarkan amoy dari kecil. susah payah... pahit getir seorang diri mencari rezeki demi membesarkan amoy seorang dengan penuh kasih sayang. kadang amoy terlalu kejam hingga melukakan hati mama dengan perbuatan amoy... amoy harap mama faham, bahawa semua itu diluar kemampuan amoy. huhu... mama.. SELAMAT HARI IBU

terkala amoy tak tahu mana satu jalan yang perlu amoy ambil untuk menjaga hati kedua-dua, mak dan mama... tapi ketahuilah, amoy telah cuba menjadi terbaik untuk kalian berdua. maafkanlah segala silap dan salah amoy. bukan niat amoy untuk melukakan hati mak dan mama. I LOVE YOU BOTH !


Gambar maci dan mama : Ni la housemate amoy kat kampung

muahhh...lama lagi amoy nak balik kpg
(T.T)

ayah dan mak....rindu sangat2
tunggu kepulangan anakmu cuti semester ini yaa
muah!


togethet gether
love u mama!


 Tetiba rasa tacing pla...huk3

2 MURID MINTAK CUBIT:

Anonymous said...

d best mom's day wish ever. hehe.. apa2 pun syg la 2-2 nya selagi ada. =)

♥ AMOYELLA said...

huhuu....thanks diela.

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com