06 January 2011

Ada apa dengan Sandakan?

Hari ni Amoy nak menulis dengan hati. memandangkan cuti yang bakal menjelang....walhal sekolah baru buka seminggu Amoy telah merancang destinasi pelancongan seterusnya yang akan dilawati dengan PASTI dan tanpa ragu-ragu. 

Tahun lepas telah menyaksikan pelawanan bola sepak AFF suzuki menang perjalanan ke Pulau Manukan, Kudat, Ranau dan Kundasang. Sesungguhnya Amoy memang sangat suka bab berjalan-jalan berbanding bershopping *kununlah*

Setelah berkolaborasi dengan rombongan KAKI JALAN-JALAN, dengan ini... kami memutuskan bahawa sasaran KAKI JALAN-JALAN kali ini jatuh kepada Enche' SANDAKAN! Yeayy! 

Banyak gila tempat yang wajib tayang jalan kalo dah sampai sana. Harap-harap ada yang sudi jadi pak supirr~ antaranyaaaaaaaaaaaa...


  1. Pulau Berhala : Pulau ini adalah dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Em...pulau ni namolah... jom cek pulau lain luk~

Tapi...Pulau Berhala ni gila cantik! arghh!


2. Pulau-Pulau Penyu (Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil, Pulau Gulisan) : Oh...pulau-pulau ini berada di sempadan Malaysia-Filipina. Bahaya-bahaya...Amoy blom graduate dan nikah lagi. Kang kena copet lanun ensem susah jugaa...



Nak posing sambil pegang penyu gini kalo tersampai ke Pulau Penyu
Trus pastu jadi header blog

3. Pulau Lankayan dan Pulau Libaran : Best ni pulau Lankayan... dikelilingi air laut biru kehijauan serta batu karang cantek~ siap ada chelets dan tempat penyu-penyu ber-baby~ kalo Libaran : air laut dia kaler biru kristal dan penuh ketenangan. ceh...macam promoter la plak!


kan dah cakap...
Air kat Pulau Libaran biru kristal
\
kan? kan?
Hijau kebiruan Biru kehijauan?



4. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok : oh..yang ni wajib pergi! Amoy nak bersalam dengan enche' orang utan. Diorang kena bagi makan pada jam 10:00 dan 03:00ptg. Jadi...kena cari masa yang ngammmm!

rambut baby dia mohawk laahh!



5. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary : kat sini ada Monyet Belanda... alaa... monyet yang hidungnya besar-besar dan lonjong tu bha!
hidung kami XXL punya saiz!


6. Taman Buaya : Eauuw...Ngeri! tapi kat sini yang terbesar... 3000 jenis kot! Tak payah la gambar. Buaya tak cute.

7. Taman Perikanan Jaya : Mesti best bagi makan kat ikan-ikan...teringat pla Taman Bukit Aup kat Sibu, Sarawak. Tapi malas la nak pegi. Cik Berry-berry nak ke sana x?

8. Australia War Memeorial : Sini ada apa ah...? macam ada batu memorial ja...??

batu apa la kunuk ni??


9. Rumah Agnes Keith : Erk...macam scary ja tengok gambar ni rumah. Teringat pla paranormal! sob...sob...

scary movie ivv


10. Gereja St. Micheal And All Angels : Nak bergambar kat luar dia. Macam ala-ala kat luar negara pla lau gereja ni jadi setting. hea


macam di London choco-roll pla

11. Kuil Puu Jih Shih : Ni pun sesuai jadi lokasi penggambaran... macam melancong ke tembok besar china plak. Haha..

tingginyaa tembok


12. Masjid Besar Sandakan : Besar ni ging...dah nama pon besar...

memang bumbung dia palingg besarlah!


14. Taman Jalil Alip
review pasal ni tempat...macam bunga teratai ja yang banyak eh!

15. Batu Tulug : ini gua batu kapur~
ngutik haihhh!



16. Gua Gomantong : Gila oh...Amoy wajib ke sini. Boleh tak? tapi...tapi... sangat jauh. 95km dari Sandakan kot (1jam 30 minit)

cantekk...! tapi seram.

17. Kinabatangan River : mo bersampan kat sungai ini sambil tengok enche gajah... nak! nak!


kantoi mandi berjemaah!


18. Sandakan Heritage Trail : uhuhh...ni pon best...! BEST!!!

nak tunjuk map checkpoint tu..
bukan para model yerr!


19. Bandar Sandakan : wajib ni...memang paling wajib tayang

Heaa..shopping itu penting yer puan-puan!


Kalau nak turutkan hawa nafsu buas semata-mata memang nak pergi semua tempat di atas o.O rasa rabun-rabun nak pilih yang mana satu. Apapun...yang penting, dari Sandakan nak spend sehari dua kat Tawau juga. Ah... NAFSU yang sungguh gagah!

Tawau ada baaaaanyaaakkkk Pulau yang cantik tapi BERBAHAYA ke MERBAHAYA?


Tak dapat pergi ke Pulau Sipadan atau Pulau Mabul
Pulau Tiga ponnn jadilahh!

TATA!

4 MURID MINTAK CUBIT:

moeyna said...

awww~~~best2! luk gakkk!!! ;D

Anonymous said...

pulau mabul mcm bagus~~

♥ AMOYELLA said...

@moeyna
boleh2... hehe :') best mon... mapun sepilok paling wajib!

♥ AMOYELLA said...

@anonymous
yup...lupak ngan mabul gara-gara c pulau tiga. haha

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com