15 December 2010

Bahasa Mulut Bangsa

Ohhh...Blogku yang sentiasa dekat di mata, tapi tak pernah dapat nak capai...sentuh skrin laptop pun jadilahhh! Kau sentiasa menemani hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad Amoy dengan setia *kalaulah boleh, Amoy nak pinang Enche Blog jadi boiyafrend* nak tak?mengarut lagi..hisss! (_ _!) 


Tulis dan menulis lagi... Enche Blog perasan tak bahasa yang Amoy guna makin berubah? eh? Tak perasan? Yelaaa... memangla bukan bahasa Arab "khaifahaluka? khaifahaluki?", atau bahasa English "hey babe! u want banana fruit 2 times?" he! banana 2 times? namo! namo!, atau Tamil nadu "Rempah kari babas~yelee~" ada unsur-unsur India pun jadilahh..he! atau Punjabi, atau Thailand, atau Tagalog? " ..Chim saie goi da bang! chim saie goi da bang!" *pinjam ayat kat ym*. Memang sah2 bukan sebab Amoy tak pandai! Apatah lagi kalo nak cakap sebelum ni Amoy guna bahasa kakak kucing serta keluarga, atau bahasa ayamas brand serta sekutunya, atau bahasa ikan sardin cap smiley serta kaum sejenisnya ataupun bahasa isyarat lagilaa...tak masuk kepala berjambul.

Yang Amoy pasti, kalo mula-mula dulu *macam bunyi orang yang dah lama berblog walhal baru ja beberapa hari yang lepas* bahasa Amoy lebih dipengaruhi dialek Sabahan...Hehe! sampai Kekanda google translator ckp page Amoy dalam bahasa Indonesia... =)   Sebab... terbiasa Oh! Rumet Amoy pun orang Sabahan gak. Hari- hari mengumpat bertutur dalam dialek sabahan. Dua tahun setengah dah kat sanaaaaaaaa Keningau tinggal 3 tahun lagi! terpaksa tulis kecik-kecik supaya hati ni sentiasa tabah. Lecturer pun merapuu sampaikan kuliah dalam kepekatan Sabahannya... Nak kolaborasi pun dalam dialek sabahan, nak order makanan pun dalam dialek sabahan, nak bayar tambang teksi pun dalam dialek sabahan, nak mandi pun dalam dialek sabahan...eh? tak lah...tu Amoy tipu lagi! he! jan marah...  Sekarang cam bertukar cikit angin dia... kan? kan? Kekanda google translator cakap page Amoy dalam Malay sudah! ngahahahhahaa! Tunggu sampai Keningau balik mesti bahasa Amoy TERsabah balik. Tiapa! comel bai toh~

Nak tau satu perkara tak... semenjak dua menjak ni, Amoy rasa sangat kurang yakin dengan bahasa Melayu standard Amoy. Wuwu! Hari tu time Amoy datang ke kedai emas : Amoy pegi la berkata-kata dengan Uncle Kaya Raya Cina pemilik kedai tu... nak explen pasal sumting la~ *bukan pergi bergadai ye tuan-tuan dan puan-puan* punyala bebal keras Amoy nak atur Amoy punya ayat supaya jadi macam Melayu biasa~ Hadoiii~~ balik2 cakap "ba, ngam laitu uncle"... "nda~ nda~mksud sia..." nehh... payah! =( Ohh...lidah...janganlah berpintal2!) nak cakap Melanau, uncle tu tak faham pla! ishh!

Kesimpulannya, betullah orang cakap bahawa bahasa menunjukkan bangsa, sebab... "bila Amoy cakap loghat Sabahan sebenarnya nampak sangat tak ori" dipetik dari pengkritik tetap yang setia mendengar Amoy bercakap ala Sabahan. Ngehehe... konfius? Sila mengabaikan... 


dan sebenarnya... Amoy tengah heart broken broken heart sekarang... huhu!



Till next post,
TATA~


0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com